Membuka minda ibu bapa bahawa kanak-kanak merupakan individu yang boleh dan mudah menerima sesuatu pembelajaran dari seawal usia 2 bulan.
Meningkatkan semua aspek perkembangan kanak-kanak untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian menggunakan 6 bidang perkembangan.
Membina keyakinan diri dan kepercayaan kanak-kanak terhadap persekitaran mereka.
Memberi pendedahan pendidikan, pergaulan dan pembinaan asas-asas Islam dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.
Memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk menanggani masalah penjagaan anak-anak.
VISI
Melahirkan kanak-kanak yang berkebolehan dari segi intelektual, rohani, jasmani dan emosi tanpa mengabaikan fitrah kanak-kanak.
Menerapkan jiwa kanak-kanak menjadi insan yang berpengetahuan luas, mengamalkan akidah dan akhlak terpuji serta akal yang sihat dan cergas, Juga bersedia berbakti kepada keluarga bangsa dan juga negara.
MISI
Membimbing kanak-kanak supaya boleh membaca, dan mengira seawal 4 tahun.
Membentuk akhlak yang mulia dalam diri kanak-kanak dan mengaplikasi dalam kehidupan mereka.
Menerapkan asas dan cara hidup islam yang baik.
Mencungkil bakat dan kebolehan kanak-kanak.
Menyediakan kanak-kanak ke peringkat yang lebih formal.